Cetusan Dunia Maya. Powered by Blogger.

Please Click Below For Watch TV Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0
Komen
Filem Haq - Full Online Movie

>> Sunday, March 6, 2011


Sinopsis Filem Haq (2011)

Haq memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.
Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Pelakon Filem Haq (2011)

Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail, Ammar Adli Bin Mohamed Norin dan Amirul Adli Bin Mohamed Norin.







Please click advertised below to support this blog alive.. Thanks U


0 comments:

Post a Comment

  © Malaysia Blogger by Cetusan Dunia Maya 2011

Back to TOP