Cetusan Dunia Maya. Powered by Blogger.

Please Click Below For Watch TV Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0
Komen
Perarakan Air Mani: Sejauhmana relevennya gimik lawak nih?

>> Tuesday, March 15, 2011

WAKIL NGO berarak di hadapan Ibu Pejabat PKR, Damansara, Petaling Jaya untuk membantah keengganan  Anwar  memberi  sampel DNA kepada polis.
Please click advertised below to support this blog alive.. Thanks U

Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my
2011/03/14

KUALA LUMPUR: Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengadakan perhimpunan aman di beberapa lokasi di seluruh negara semalam bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan profil asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.




Di PETALING JAYA, kira-kira 50 orang mewakili 30 NGO berhimpun dan berarak ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, di sini bagi mendesak Penasihat PKR itu menyerahkan sampel DNA beliau.



Mereka berkumpul kira-kira jam 12 tengah hari sebelum berarak sambil memegang pelbagai sepanduk antaranya tertera perkataan ‘Kalau tak salah kenapa tak bagi sampel DNA?’, ‘Anwar Pengecut’ dan ‘Hanya DNA boleh tentukan siapa benar siapa salah’.



Wakil kumpulan itu yang juga Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, berkata Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.



Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor, Abdullah Mansor, pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika berasakan dirinya difitnah.



Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Di GEORGETOWN, orang ramai dan NGO di Pulau Pinang berhimpun di beberapa lokasi termasuk Masjid Jelutong di pulau dan Masjid Seberang Jaya, Butterworth, iaitu dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang mana Anwar adalah Ahli Parlimen kawasan itu. 



Di luar Masjid Seberang Jaya, kira-kira 30 orang diketuai Mohd Sanusi Ahmad mengadakan perhimpunan untuk menyokong supaya Ketua Pembangkang itu menyerahkan DNA untuk dijadikan bukti dalam perbicaraan kes liwat dihadapinya.



Mohd Sanusi berkata, mereka yang tidak mewakili mana-mana NGO itu mendesak Anwar memberikan spesimen daripada badan wakil rakyat itu bagi mencari kebenaran.



“Mengapa beliau tidak mahu menyerahkan DNA? Seorang yang ingin menjadi pemimpin nombor satu negara perlu jujur. Jadi serahkanlah DNA kalau benar-benar tidak bersalah,” katanya.



Sementara itu, di Masjid Jelutong,  tiga NGO iaitu Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan NGO Pulau Pinang dengan kira-kira 30 ahli mengadakan perhimpunan bagi mendesak perkara sama.



  Di ALOR SETAR, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Bad- rol Hisham Hashim, berkata Anwar harus membuktikan dakwaan beliau difitnah dan tidak melambat-lambatkan proses mahkamah sehingga mengelirukan rakyat. 



“Anwar perlu jelaskan perkara sebenar dengan menyerahkan spesimen badannya untuk menamatkan spekulasi yang timbul daripada kes itu. Ia juga bagi membuktikan dakwaannya bahawa beliau difitnah sebelum ini adalah benar sekali gus melancarkan proses mahkamah,” katanya.   
   



Pendapat Aku lak..politik oh politik.. Dah tak de kerja lain

0 comments:

Post a Comment

  © Malaysia Blogger by Cetusan Dunia Maya 2011

Back to TOP