Cetusan Dunia Maya. Powered by Blogger.

Please Click Below For Watch TV Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0
Komen
GEMERLAPAN 1997 [Full Movie]

>> Sunday, March 6, 2011



Mimi menggemari muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Nel yang merasakan muzik dangdut agak kekampungan, dan Pam yang bimbang popularitinya tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru (Mr. X) menyemarakkan lagi persaingan di antara mereka semua. Lama-kelamaan, Mel mulai menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya. Pada suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan nyanyian. Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraannya, dan dia juga cuba menyekat penyertaan Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah membalas perbuatan tersebut sehingga Pam gagal dalam pertandingan itu. Kerana begitu marah, Pam telah memotong bekalan elektrik semasa Nel sedang membuat persembahan. Nel kemudiannya mencapai sebuah gitar lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi. Akhirnya, keputusan pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Nel. Tidak lama kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan menerima diploma masing-masing.


Please click advertised below to support this blog alive.. Thanks U


0 comments:

Post a Comment

  © Malaysia Blogger by Cetusan Dunia Maya 2011

Back to TOP